kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

KBS pergiat program Rakan Muda di setiap daerah - Hannah Yeoh

20240525   hannah yeoh

 

MELAKA, 25 Mei (Bernama) -- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan merancakkan pelaksanaan program Rakan Muda di semua daerah dalam usaha memperkukuh perpaduan dan integrasi nasional menerusi penganjuran program dan aktiviti khusus untuk belia dan anak muda.

Menterinya Hannah Yeoh berkata menerusi dana tambahan sebanyak RM3 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika merasmikan sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2024 hari ini, KBS akan menyelaraskan perkara itu bersama Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi menjalankan program berkaitan.

"HBN kali ini adalah tahun kedua kita bekerjasama dengan MBM yang terlibat sebagai penganjur dan KBS hanya memantau pelaksanaan sambutannya. Ini adalah usaha kita dalam memperkasakan MBM secara terus untuk terlibat sama dalam penganjuran dan bukannya sebagai pemerhati," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian sambutan HBN2024 peringkat kebangsaan di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir di sini hari ini.

Mengulas lanjut Hannah berkata penganjuran sambutan HBN itu diyakini dapat memperkukuh potensi modal insan belia sebagai pemacu pembangunan strategik negara dan memperluas akses belia kepada inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan seiring dengan kerangka Malaysia MADANI dan Model Pembangunan Belia MADANI 2030 (MPBM 2030).

Dalam pada itu, beliau berkata pemilihan pemenang bagi Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) adalah sangat inklusif kerana melibatkan pelbagai golongan di seluruh negara dan telah dinilai serta dipilih oleh panel yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing sebelum dipersetujui oleh Jawatankuasa Pengesahan Pemenang APBN.

Terdahulu dalam ucapannya beliau berkata kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM5 juta untuk pelaksanaan HBN pada tahun ini meliputi pelaksanaan sebanyak 3,107 aktiviti dengan penyertaan seramai 2.5 juta peserta di seluruh negara.

"Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti Bacaan Ikrar Belia Malaysia pada 15 Mei yang lalu, Semarak HBN, Konvensyen Belia Integriti Nasional, Khutbah Jumaat semua negeri, sambutan HBN di negeri-negeri dan kebangsaan dalam memastikan belia kita mendapat akses kepada maklumat dan program pembangunan belia di peringkat akar umbi," katanya.

Sumber : BERNAMA

Pautan Berita : https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2301374

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.