kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Kebangsaan Tahun 2024

20240527   hbn

 

 

25 Mei 2024, Dataran Pahlawan, Melaka - YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 bertempat di Dataran Pahlawan, Banda Hilir, Melaka.

Penganjuran majlis ini merupakan kemuncak kepada sambutan HBN yang disambut setiap tahun pada 15 Mei dengan tujuan meraikan peranan dan penglibatan golongan belia dalam pembangunan negara.

YAB Perdana Menteri turut menyempurnakan penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 dengan penerima anugerah seperti berikut:

πŸ“Œ Kategori Individu Lelaki
πŸ† Saudara Muhammad Asmawi bin Sulaiman

πŸ“Œ Kategori Individu Wanita
πŸ† Saudari Esther Ezhil Nanggai

πŸ“Œ Kategori Emas Remaja Perdana
πŸ† Saudara Beh Zeng Kang

πŸ“Œ Kategori Pertubuhan Belia Berstatus Kebangsaan
πŸ† Junior Chamber International Malaysia

πŸ“Œ Kategori Pertubuhan Belia
πŸ† Kelab Belia Kampung Baru Pak Hussin

πŸ“Œ Kategori Anugerah Khas
πŸ† Zy Lee Kher

Seterusnya, YAB Perdana Menteri turut meluncurkan Dashboard Belia yang dibangunkan oleh KBS menerusi Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) yang merupakan gerbang maklumat berkaitan program serta aktiviti pembangunan belia serta berfungsi memantau isu- isu berkaitan belia.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli.

Belia Malaysia, Yakin Boleh!

#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI

 

Sumber : Portal Rasmi Kementerian Belia dan Sukan

Pautan berita : https://www.kbs.gov.my/pusat-media/berita/690-majlis-perasmian-sambutan-hari-belia-negara-hbn-peringkat-kebangsaan-tahun-2024.html

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

Β© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.