kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

PBAKL pecah rekod tarik 1.8 juta pengunjung, 80 peratus babit golongan muda

KUALA LUMPUR: Lebih 1.8 juta pengunjung menghadiri Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024, dengan 70 hingga 80 peratus daripada mereka adalah golongan muda.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata malah, PBAKL ke-41 selama 10 hari yang melabuhkan tirainya hari ini, berjaya memecah rekod menerusi catatan berkenaan.

Katanya, ia melepasi sasaran yang ditetapkan sebelum ini iaitu sebanyak 1.5 juta pengunjung.

"Tahun yang sangat membahagiakan apabila dimaklumkan pengunjung meningkat dengan lebih 1.8 juta.

"Dengan kunjungan banyak anak muda, ia sekali gus menunjukkan golongan itu berminat dengan buku dan budaya ilmu," katanya kepada pemberita, di sini, malam ini.

Terdahulu, Fadhlina merasmikan penutupan PBAKL 2024 ke-41, di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC).

PBAKL yang membuka tirai sejak 24 Mei lalu diadakan secara hibrid, iaitu secara bersemuka dan dalam talian dalam usaha memartabatkan buku sebagai sumber ilmu pengetahuan.

Antara objektif penganjuran PBAKL adalah memajukan industri penerbitan buku tempatan dan menggalakkan aktiviti berkaitan dengan bidang perbukuan seperti penulisan, penyuntingan, ilustrasi, penterjemahan dan pemasaran buku di negara ini.

PBAKL 2024 adalah program Kementerian Pendidikan (KPM) anjuran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dan Dewan Industri Buku Malaysia (MBIS) sebagai penganjur utama.

PBAKL pada tahun ini mempunyai 972 reruai yang terbabit dengan 241 pempamer termasuk 14 pempamer dari luar negara antaranya dari Singapura, Thailand, Filipina, India, China, Taiwan dan Iran.

Sumber : Berita Harian

Pautan berita : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/06/1254272/pbakl-pecah-rekod-tarik-18-juta-pengunjung-80-peratus-babit-golongan

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.