kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Intervensi bukan kaedah baharu, mampu kurangkan keciciran calon SPM - Wong

20240603 intervensi

 

TAIPING: Langkah intervensi bukan kaedah baharu dan telah diguna pakai secara berterusan bagi menangani masalah keciciran calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, berkata langkah itu lebih bersifat pemujukan dan memberi kesedaran kepada setiap calon berkaitan kepentingan dan kelebihan menduduki peperiksaan tersebut.

"Secara dasarnya, langkah intervensi ini kita telah lakukan sebelum calon-calon menduduki peperiksaan SPM termasuk untuk berikan nasihat dan kaunseling yang bertujuan menyedarkan mereka terhadap kepentingannya.

"Usaha ini telah menampakkan hasil, ...jumlah calon yang tidak menduduki peperiksaan tersebut telah berjaya dikurangkan sebanyak 1.2 peratus berbanding tahun lalu," katanya selepas merasmikan penutupan Kejohanan Malaysia International Muay Championship (MIMAC), malam tadi.

Pada 27 Mei lalu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan KPM akan melaksanakan intervensi mengesan calon tercicir dan memberi peluang kepada mereka untuk mendaftar bagi menduduki SPM secara ulangan.

Sebelum ini dilaporkan seramai 10,160 daripada 383,685 calon SPM 2023 tidak hadir menduduki peperiksaan itu.

Wong berkata, pihaknya berpendapat langkah intervensi itu juga mampu mengurangkan masalah keciciran dalam skala yang lebih besar sekiranya mendapat kerjasama penuh daripada semua pihak termasuk ibu bapa.

"Bukan hanya di pihak kerajaan malah kita semua perlu memupuk satu fenomena untuk menggalakkan anak-anak menduduki peperiksaan ini. Jika ini berlaku, saya pasti ia akan menjadi hala tuju untuk mengatasi isu keciciran ini," katanya.

Ditanya mengenai faktor keciciran berlaku, beliau berkata pihaknya mengakui pengaruh media sosial antara punca utama masalah berkenaan.

Sementara itu, Wong berkata MIMAC berjaya menarik kehadiran 240 peserta melibatkan 120 pasukan dari 12 negara termasuk Thailand, Vietnam, Kemboja, Iran, Laos dan Afghanistan.

Tambah beliau tujuan utama pertandingan yang dianjurkan dengan usaha sama KPM, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Persatuan Tomoi Negeri Perak itu adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru selain membangunkan sukan Muay Thai di negara ini. – BERNAMA

 

Sumber : Berita Harian

Pautan berita : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/06/1254391/intervensi-bukan-kaedah-baharu-mampu-kurangkan-keciciran-calon-spm

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.