kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

KPKM salur lebih RM100 juta Geran Agropreneur Muda sejak 2016

SEREMBAN, 3 Julai (Bernama) -- Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memperuntukkan RM174.16 juta bagi memperkasakan golongan belia dalam sektor agromakanan melalui bantuan Geran Agropreneur Muda (GAM) sejak 2016 sehingga kini.

Ketua Setiausaha KPKM Datuk Lokman Hakim Ali berkata seramai 9,529 penerima di seluruh negara menerima manfaat daripada peruntukan itu merangkumi bantuan barangan seperti input dan peralatan pertanian serta infrastruktur ladang dengan nilai RM20,000 per individu.

“Peruntukan ini meliputi pengeluaran tanaman, perikanan dan ternakan. Bagi tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) sehingga suku pertama tahun ini, 41 peratus iaitu 764 usahawan muda berjaya mencatatkan peningkatan pendapatan RM2,000 hingga RM5,000 sebulan.

“Manakala, 71 usahawan berhasil mengembangkan perniagaan mereka ke pasaran nasional, iaitu pemasaran produk sekurang-kurangnya tiga negeri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis penutup Program Pemadanan Belia Tani bersama Industri Subsektor Agromakanan Jabatan Pertanian 2024 di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarah Pertanian Datuk Nor Sam Alwi.

Bagi program hari ini, Lokman turut menyampaikan peruntukan berjumlah RM1.42 juta GAM kepada 71 agropreneur muda di bawah bimbingan Jabatan Pertanian bagi fasa satu dan dua tahun ini.

“Melalui geran ini, usahawan boleh memilih untuk digunakan dalam industri asas tani, contohnya memproses makanan atau aktiviti huluan iaitu menguruskan tanaman atau ternakan, kalau dapat membuat dalam pelbagai rangkaian, jadi pendapatan lebih meningkat,” katanya.

Lokman berkata GAM merupakan pemangkin kepada ramai usahawan muda dan turut bercadang meningkatkan had siling GAM Start-Up sehingga RM30,000 serta mewujudkan GAM Scale-Up dengan nilai maksimum RM50,000.

Menurut beliau, GAM Scale-Up ini terbuka kepada penerima geran start-up yang berjaya mengembangkan perusahaan selari dengan tempoh masa projek dan mempunyai potensi untuk ke tahap yang seterusnya.

“Saya lihat minat golongan muda dalam bidang pertanian semakin meluas...dengan dunia teknologi masa kini, mereka perlu rajin menerokai pelbagai ilmu pertanian dan meningkatkan pengetahuan. Saya percaya, kalau kita ‘turun padang’, ramai usahawan petani muda ini sudah bergelar jutawan,” katanya.

Sumber : BERNAMA
Pautan : https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2313839

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.