kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

KeDESA sasar cari 10,000 belia pedalaman lanjutkan pelajaran peringkat tinggi

KUALA LUMPUR: Kembara Kesedaran Pendidikan Anak Desa Madani 2024 (KeDESA) dilancarkan hari ini dalam usaha mencari dan mengenal pasti 10,000 pelajar kurang berkemampuan di pedalaman, luar bandar dan miskin bandar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi.

Program khas digerakkan oleh Gerakan Pendidikan Bumiputera Malaysia (GPBM) itu akan diadakan selama tiga bulan sehingga September di 40 kawasan termasuk di Sabah dan Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pihaknya menyokong sepenuhnya Program KeDESA kerana ia memberi penekanan kepada mencari dan mengenal pasti pelajar yang berkelayakan dan berpotensi untuk meneruskan pengajian dalam aliran tertentu.

Selain itu katanya, program itu juga dapat membantu memberi kesedaran pentingnya pendidikan kepada mereka dan membantu menjadi perantara kepada pelajar dan institusi pendidikan untuk membolehkan golongan itu menyambung pengajian ke peringkat tertinggi dan berkemahiran selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.

"Oleh itu saya memohon supaya agensi yang terbabit membantu Program KeDESA ini dan seterusnya merealisasikan objektif mereka iaitu mencari 10,000 anak Bumiputera dalam tempoh tiga hingga enam bulan untuk dibantu bagi menyambung pengajian dan diberi kesedaran tentang betapa pentingnya pendidikan," katanya pada Majlis Pelepasan KeDESA di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Penasihat GPBM yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Bersama KeDESA, Datuk Nurul Hidayah Zahid.

Sementara itu, Nurul Hidayah berkata, kawasan yang akan dikunjungi kembara itu akan membabitkan pelajar sekolah menengah, lepasan pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), ibu bapa dan pemimpin masyarakat.

Katanya, pembabitan menyeluruh itu amat diperlukan bagi memberikan impak maksimum kepada kembara itu yang seterusnya mencapai objektif yang diimpikan.

"KeDESA akan memberi penekanan kepada empat aspek iaitu pertama mencari pelajar yang berkelayakan untuk dibantu, kedua akan mengenali pelajar sebaik mungkin dari segi sosioekonomi keluarga, kecenderungan dan minat mereka.

"Ketiga akan memberikan kesedaran kepada pelajar betapa pentingnya pendidikan dan keempat menjadi perantara kepada pelajar untuk menyambung pengajian ke universiti awam atau swasta terpilih, politeknik, kolej komuniti, kolej kemahiran, institut latihan dan kolej TVET yang terpilih," katanya.

Selain kembara, pengisian Program KeDESA adalah pameran pendidikan, penerangan kemasukan ke IPT, permohonan pembiayaan pendidikan, penerangan mengenai konsep Malaysia MADANI, motivasi keibubapaan, ziarah masyarakat dan pameran agensi berkaitan.

Sumber : Berita Harian
Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/07/1267098/kedesa-sasar-cari-10000-belia-pedalaman-lanjutkan-pelajaran

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.