kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Permohonan sertai program TVET meningkat 3.75 peratus dalam tempoh enam bulan - Ahmad Zahid

PASIR MAS, 6 Julai (Bernama) -- Permohonan menyertai program aliran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menunjukkan peningkatan sebanyak 3.75 peratus sejak Januari hingga Jun tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara berkata peningkatan itu sekali gus menangkis persepsi negatif masyarakat bahawa TVET hanya untuk individu tercicir dalam akademik kerana ia mampu menjadi laluan kerjaya pilihan utama belia.

Beliau berkata kerajaan telah membuat pelaburan yang cukup besar dalam menyediakan pelbagai prasarana dan kemudahan untuk memastikan agenda merakyatkan TVET ini dapat direalisasikan.

"Kini terdapat sejumlah 1,345 institusi TVET awam dan swasta yang beroperasi di seluruh negara.

“Belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang mempunyai kecenderungan terhadap pedagogi secara teknikal berpeluang menyertai program TVET bermula dari peringkat Sijil, Diploma dan peringkat yang paling tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Sambutan Karnival Kerjaya dan Sukan Anak Muda MADANI 1.0 di Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim 1, di sini, hari ini.

"TVET perlu dianggap sebagai satu daripada cabang pendidikan yang boleh menjadi pilihan oleh sesiapa sahaja mengikut kecenderungan dan minat masing-masing," katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata kadar lepasan TVET yang mendapat pekerjaan juga tinggi iaitu mencecah 94.5 peratus kerana rata-rata majikan mahu mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing terutama dalam sektor (3D) iaitu kotor, bahaya, dan sukar.

Sementara itu, mengulas mengenai permohonan Orang Asli dalam TVET, Ahmad Zahid berkata kerajaan menyasarkan 400 tempat bagi Orang Asli di pusat TVET seluruh negara, tahun ini.

Menurutnya, pada tahun lepas sekitar 350 Orang Asli menyertai TVET dan jumlah berkenaan menunjukann komuniti itu proaktif menyertai TVET.

“Saya akan mewujudkan satu kemasukan khas untuk Orang Asli dalam TVET,” katanya.

Pada 30 Mei lepas, Ahmad Zahid dilaporkan berkata 220 syarikat China menawarkan 5,125 kuota kepada pelajar Malaysia untuk menjalani latihan berkaitan TVET bagi jangka pendek, sederhana dan panjang sekali gus menjadi pengubah keadaan dalam melonjakkan industri TVET di Malaysia.

Tawaran itu adalah hasil jalinan kerjasama antara Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (Belia Mahir) dengan pihak industri berkaitan TVET di China iaitu Beifang Automotive Education Group dan Tang (M) International Education Group, melalui memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai.

Sumber : BERNAMA
Pautan : https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2314854

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.