kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

NADI bantu masyarakat peroleh maklumat, bantu pembelajaran

IPOH, 8 Julai (Bernama) -- Perkhidmatan Pintar Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menjadi menjadi tempat masyarakat setempat melakukan pelbagai aktiviti termasuk memperoleh maklumat dan membantu dalam aktiviti pembelajaran.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson Ahmad Haziq Ilhami Masri, 15, berkata beliau menghabiskan masa kira-kira enam jam sehari di NADI bagi menyiapkan kerja sekolah dan beberapa tugasan lain pada hujung minggu.

Anak kedua daripada empat beradik itu berkata pusat berkenaan sangat membantu dan memudahkan urusannya dan komuniti lain, selain terdapat pelbagai program menarik seperti tuisyen, gotong-royong, belajar kemahiran termasuk suntingan gambar.

“Kadang-kadang pusat NADI ini juga menjadi tempat untuk saya dan kawan-kawan mengatasi tekanan sewaktu belajar dengan kami akan menyanyi dan lakukan suntingan di pusat itu. Baru-baru ini, ada buat poster, skrip lakonan yang memerlukan carian maklumat di Internet.

“Adik-beradik saya yang berusia 17 hingga lapan tahun juga selalu ke pusat NADI untuk mendapatkan perkhidmatan Internet dan kemudahan lain yang ada di sana,” katanya ketika ditemui Bernama di NADI Kampung Dato’ Ahmad Said Tambahan 2 di sini, hari ini.

Terdahulu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyempurnakan perasmian NADI tersebut. Turut hadir Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Sementara itu, suri rumah Shahrol Bariah Isa, 50, berkata pusat berkenaan menyediakan pelbagai kemudahan dan peluang bagi golongan B40 di kawasan tersebut.

“Macam-macam bantuan diperoleh daripada pusat Internet ini termasuk keperluan sekolah anak-anak seperti pencetak, komputer dan kalau nak isi maklumat kerajaan sekarang banyak menggunakan secara dalam talian, jadi memang memerlukan akses Internet.

“Harap ada lebih banyak penambahan kemudahan dalam pusat ini terutamanya dalam menyebarkan maklumat yang lebih tepat dan cepat,” katanya.

Sementara itu, Pengurus NADI Kampung Dato’ Ahmad Said Tambahan 2, Nural’ain Mohammed Nasib berkata dengan pelancaran NADI yang baharu ini, ia memberi banyak lagi kemudahan dan lebih dekat dengan masyarakat.

“Pusat Internet ini membantu kita mendekati masyarakat dan banyak kita ajarkan kepada mereka seperti cara untuk membuat kertas kerja, selain itu kita boleh lihat penggunaan pusat Internet sewaktu mengisi Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

“Apa yang kita buat adalah dengan menyebarkan maklumat mengenai PADU di media sosial kepada seluruh komuniti terdekat dan memanggil mereka ke pusat Internet ini serta bantu mereka isi maklumat dalam sistem tersebut,” katanya.

Sumber : BERNAMA
Pautan : https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2315510

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.