kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Tunjuk 'hasil' kepada ibu bapa bagi kebenaran sertai e-sukan

SEPANG: Muhammad Haqqullah Ahmad Shahrul Zaman yang baru dinobatkan sebagai pemain paling bernilai Mid Season Cup (MSC) Mobile Legend Bang Bang (MLBB) 2024 menasihati pemain muda yang mahu menceburi sukan elektronik atau e-sukan supaya tidak mudah berputus asa.

Pemain berusia 18 tahun yang lebih dikenali sebagai 'Sekys' berkata mereka perlu menunjukkan hasil terbaik setiap kali menyertai kejohanan bagi 'mencuri' hati ibu bapa yang mempunyai stigma tersendiri tentang dunia e-sukan.

Sekys mengakui pembabitan awalnya tidak mendapat sokongan, namun hasil kerja keras hingga mampu menjana pendapatan sampingan membolehkan keluarganya menerima bidang sukan diminatinya itu.

"Kalau anda ceburi bidang diminati (kena) buat betul-betul (dan) jangan putus asa sebab pada awal pembabitan saya, memang dipandang negatif. (Namun) bila dah tunjuk hasil, ibu bapa akan menerima (anak terlibat dalam bidang e-sukan) secara perlahan-lahan.

"Sebab saya pun baru habis SPM (peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia) jadi memang kena disiplin jika nak bermain hingga profesional dan pada masa sama juga kena belajar," katanya kepada pemberita selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Sekys merupakan seorang daripada ahli kumpulan Selangor Red Giants (SRG) yang telah mengharumkan nama negara apabila menamatkan kemarau tujuh tahun Malaysia untuk menjuarai aksi antarabangsa e-sukan selepas menumbangkan Filipina Falcons AP Bren Sport 4-3 di kejohanan MLBB 2024 yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi pada Ahad.

Kemenangan itu menyaksikan SRG membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah AS$1 juta (RM4.6 juta).

Ketibaan mereka di KLIA disambut dengan tepukan dan sorakan peminat e-sukan tanah air selain kehadiran Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari serta Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor Mohd Najwan Halimi.

Anak kelahiran Terengganu yang merupakan jungler SRG itu bagaimanapun enggan mendabik dada dengan kejayaan berkenaan dengan menggelar dirinya sebagai jungler terbaik kerana merasakan masih ada ruang untuk dibaiki kerana kejohanan terbabit merupakan satu-satunya gelaran antarabangsa buat beliau.

"…. sedikit sebanyak mungkin akan ada tekanan (untuk kejohanan selepas ini) tetapi apa-apa pun kita akan cuba buat yang terbaik (dan) teruskan momentum," katanya.

Sementara itu, Mohd Najwan meminta pihak pengurusan SRG memberi bimbingan kepada pemain menguruskan kewangan mereka dengan cara terbaik selain akan berbincang kepada pihak berkepentingan berkenaan insentif kepada mereka.

Beliau memaklumkan kerajaan Selangor menerusi Menteri Besar Incorporated (MBI) telah memperuntukkan RM200,000 kepada pasukan dalam persediaan untuk menyertai kejohanan MLBB 2024. - BERNAMA

Sumber: Berita Harian

Pautan: https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2024/07/1272630/tunjuk-hasil-kepada-ibu-bapa-bagi-kebenaran-sertai-e-sukan

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.