kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

200 lagi pelajar India dihantar ke China sertai latihan kerja TVET

BAGAN DATUK: Kerajaan akan memberi peluang kepada 200 lagi pelajar kaum India untuk menjalani latihan kerja dalam bidang pendidikan serta latihan teknikal dan vokasional (TVET) di China.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penambahan tempat itu akan dilaksanakan selepas program pertama yang turut membabitkan 200 pelajar membuahkan hasil.

"Kita tahu pemasalahan dihadapi oleh generasi muda India. (Sebab itu) saya ambil inisiatif kita tempatkan 200 pelajar kaum India belajar TVET di China secara percuma.

"Kalau berjaya, kita akan ikhtiar untuk tambah 200 tempat lagi untuk pelajar India," katanya pada majlis penyampaian sumbangan bantuan persekolahan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Parlimen Bagan Datuk di Dewan Dato' Mohamed Jamrah, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan bantuan kepada seramai 720 murid dari 14 SJKT seluruh Parlimen Bagan Datuk selain televisyen pintar sebagai alat bantu belajar.

Pada 19 April lalu, Ahmad Zahid mengumumkan GiatMARA Bagan Datuk akan dinaiktaraf kepada Malaysia-China Institute (MCI) bagi melatih tenaga kerja dalam bidang TVET tempatan yang akan mendapat kepakaran dari China.

Susulan itu, beliau menghadiri Program Malaysia-China International Industry-TVET Education Cooperation dan menyaksikan majlis menandatangani MoU antara Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (Belia Mahir) dengan pihak industri berkaitan TVET di China iaitu Beifang Automotive Education Group dan Tang (M) International Education Group sempena lawatan rasmi ke China, pada Mei lalu.

Ahmad Zahid dipetik berkata sebanyak 220 syarikat China menawarkan 5,125 tempat kepada pelajar Malaysia untuk menjalani latihan berkaitan TVET bagi jangka pendek, sederhana dan panjang sekali gus menjadi 'game changer' atau pengubah keadaan dalam melonjakkan industri TVET di Malaysia.

Sumber : Berita Harian
Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/07/1277468/200-lagi-pelajar-india-dihantar-ke-china-sertai-latihan-kerja-tvet

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.