kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Bank Muamalat, EJAsia tingkat literasi kewangan belia

KUALA LUMPUR: Bank Muamalat Malaysia Bhd (Bank Muamalat) dengan kerjasama Emerging Journey Asia Sdn Bhd (EJAsia) menganjurkan program kesejahteraan kewangan dan kesihatan mental bagi meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan belia.

Program yang bertemakan 'Memperkasakan Kesejahteraan Kewangan Masa Hadapan' itu diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Impian, Kajang membabitkan lebih 350 pelajar, ibu bapa dan guru.

Ia salah satu langkah proaktif Bank Muamalat dalam meningkatkan tahap literasi kewangan di peringkat sekolah.

Menerusi program itu, pelajar, ibu bapa dan guru bukan saja didedahkan dengan ilmu pengurusan kewangan, malah mereka turut diberikan kesedaran mengenai isu kesihatan mental yang berkait rapat dengan kesejahteraan kewangan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin, berkata Bank Muamalat menyokong usaha kerajaan untuk meningkatkan tahap celik kewangan dalam kalangan belia bagi menjamin kelestarian sumber kewangan individu, kesejahteraan masyarakat dan pengukuhan ekonomi negara.

Beliau berkata, dalam keadaan ekonomi yang mencabar, isu kewangan adalah antara masalah utama yang membelenggu masyarakat terutamanya golongan belia yang terjebak dengan hutang yang tidak mampu dibayar.

Katanya, sejak 2019 hingga Disember 2023, mengikut data Jabatan Insolvensi Malaysia seramai 6,996 belia berusia 35 tahun ke bawah telah didaftarkan bankrap dan hal itu berlaku akibat kekurangan ilmu pengurusan kewangan di peringkat awal.

"Selari dengan usaha bersepadu kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk meningkatkan tahap literasi kewangan melalui pendidikan, Bank Muamalat mengambil pendekatan ini bagi membantu mereka secara holistik, terutamanya menerusi kemahiran, latihan dan pendidikan kesihatan mental," katanya dalam satu kenyataan.

Sejak 25 tahun lalu, Bank Muamalat komited untuk mencipta kehidupan lebih baik, bersama dengan menyokong isi rumah untuk menghadapi cabaran kewangan serta menjamin kesejahteraan kehidupan mereka dengan menawarkan penyelesaian pembiayaan mengikut keperluan dan kesesuaian pelanggan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif EJAsia, Profesor Adjung Dr Sangeeta Kaur, berkata inisiatif itu amat penting untuk memahami punca dan faktor masalah kewangan yang bermula sejak dari usia muda.

Beliau berkata, berdasarkan penyelidikan, mereka yang berhutang tiga kali lebih cenderung untuk membunuh diri.

Justeru, katanya, golongan itu harus lebih arif dalam pengurusan kewangan supaya tidak terjerat dalam kancah hutang.

Sumber: Berita Harian

Pautan: https://bharian.com.my/bisnes/korporat/2024/08/1283320/bank-muamalat-ejasia-tingkat-literasi-kewangan-belia

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.