kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Bengkel Technical Working Group Pelan Tindakan Pembangunan Belia Malaysia 2024

TWG1

BENGKEL TECHNICAL WORKING GROUP PELAN TINDAKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA 2024

Bengkel Technical Working Group (TWG) bagi Pelan Tindakan Pembangunan Belia Malaysia 2035 telah dilaksanakan pada 11 September 2024 di PICC, Putrajaya melibatkan 35 orang peserta yang terdiri daripada lapan kumpulan sasaran belia. Bengkel ini dilaksanakan bagi mendapatkan pandangan dan input dari golongan belia untuk memastikan pelan yang dibangunkan dapat mencapai tujuan sebenar inisiatif pembangunan belia.

Ucapan pembukaan telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES selepas pembentangan skop dan hala tuju pelan ini oleh Puan Musyrifah Elias dari Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik. Seterusnya, acara disusuli dengan taklimat bengkel yang disampaikan oleh Dr. Shariffah Mamat, Eksekutif Penyelidik Kanan IYRES.

Sesi perbincangan dalam kumpulan telah diketuai oleh fasilitator dan penyelaras lantikan IYRES iaitu YBrs. Dr. Chong Sheau Tsuey (UKM), Puan Shahhanim Yahya, Puan Mastura Mohamad, Puan Asnida Abd. Hamid, Puan Noratiqah Talib dan dibantu oleh dua orang pelapor bagi setiap kumpulan. Bengkel diakhiri dengan ucapan rumusan oleh Prof. Madya Dr. Mursyid Arshad (UPM) selaku fasilitator bagi bengkel ini.

#TeamIYRES
#IlmuAmalImpak

  TWG2

TWG3

 

      

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.