kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Politeknik, Kolej Komuniti akan tawar kursus jangka pendek teknologi AI, IoT dan robotik

JERANTUT: Penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) , Internet Pelbagai Benda (IoT), keselamatan siber dan robotik menjadi fokus utama bagi memenuhi Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di kolej komuniti di seluruh negara.

Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Datuk Dr Mohd Zahari Ismail berkata, langkah itu diambil dalam usaha memastikan kursus yang ditawarkan lebih relevan mengikut peredaran masa.

"Kita akan mengkaji serta menyesuaikan semula kursus sedia ada dengan kursus baharu yang lebih 'trending' bagi menarik lebih ramai golongan muda memasuki Kolej Komuniti.

"Namun begitu pada dasarnya kita akan meneruskan kursus sedia ada yang sesuai bagi mematuhi keperluan masyarakat setempat di Kolej Komuniti.

"Sebagai contoh di Jerantut kita menyediakan kursus teknologi akuakultur dan teknologi pemprosesan makanan sesuai dengan komuniti setempat di sini," katanya selepas merasmikan Aquaria Kolej Komuniti Jerantut di sini.

Hadir sama Pengarah Kolej Komuniti Jerantut, Azad Muslim Muhammad.

Aquaria pertama itu mempamerkan pelbagai jenis ikan sungai, paya dan ikan hiasan untuk aktiviti pembelajaran pelajar dan kunjungan orang ramai.

Mohd Zahari berkata, daerah Jerantut, Temerloh dan Lipis adalah pusat pengeluaran ikan patin sangkar utama di Pahang dan kursus teknologi akuakultur dapat memenuhi keperluan industri perikanan tempatan malah ramai bekas pelajar kolej itu turut serta mengusahakannya.

Mengulas peratusan pelajar baharu yang mendaftar di 105 kolej komuniti di seluruh negara, Dr Mohd Zahari berkata, faktor lokasi dan ekonomi setempat menyebabkan ada yang kurang berminat meneruskan pembelajaran.

"Di setengah tempat didapati anak muda lebih berminat bekerja sementara untuk mendapat duit dengan cepat dan ada juga yang lebih suka menjadi penghantar barangan atau makanan, atau menjual burger," katanya.

"Kolej komuniti ini sebenarnya memberi peluang kepada remaja dan belia meneruskan minat dengan mengikuti kursus jangka pendek selaras dengan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang diperkenalkan untuk menggalakkan orang ramai mencari ilmu berterusan," katanya.

Mohd Zahari berkata, setiap tahun, program PSH di 36 politeknik dan 105kolej komuniti menarik minat hampir 200,000 remaja dan belia mengikut pelbagai kursus ditawarkan.

Sumber: Berita Harian

Pautan: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1313436/politeknik-kolej-komuniti-akan-tawar-kursus-jangka-pendek-teknologi

 

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.