kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

PRU Parlimen Belia dijangka Mac depan

KUALA LUMPUR: Pemilihan perwakilan Parlimen Belia bakal menampilkan format baharu dengan proses berkenaan dijangka diadakan suku pertama tahun hadapan.

Antara rombakan ialah sistem pengundian mirip pilihan raya umum (PRU) serta pencalonan perwakilan akan dipilih dalam kalangan mahasiswa universiti awam (UA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di seluruh negara.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, berkata Parlimen ketika ini, sedang memperkemas rombakan format Parlimen Belia yang diambil alih sepenuhnya daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Beliau juga memberi bayangan jumlah perwakilan Ahli Parlimen Belia akan diperluas kepada 222 anggota berbanding hanya 100 orang ketika ini, selain proses pemilihan dijangka diadakan Mac 2025, diikuti persidangan pada September tahun depan.

"Kita ketika ini sedang berbincang dengan pihak universiti untuk menentukan pelbagai aspek, termasuk pemilihan calon bagi perwakilan Parlimen Belia.

"Proses pemilihan perwakilan Parlimen Belia pula akan diadakan mirip seperti penganjuran PRU, namun yang bezanya pengundian mungkin dibuat melalui sistem.

"Parlimen Belia ini akan dijadikan sebagai platform untuk menyediakan bakat baharu untuk menerajui politik negara, selain muncul sebagai ruang persediaan bagi membentuk perwakilan yang mampu berpolitik dan berbahas secara matang," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Simposium Parlimen Malaysia Kali Ketiga bertemakan 'Parlimen: Tunjang Semak Imbang Negara' di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Nur Jazlan Mohamed; Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Ramli Mohd Nor dan Profesor Sains Politik, Universiti Sains Malaysia, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian.

Sementara itu, Johari berkata, Parlimen sudah memulakan inisiatif untuk menggunakan tenaga solar pada bangunannya, bertujuan meningkatkan kecekapan tenaga dan mengurangkan pelepasan karbon.

Beliau berkata, Parlimen juga komited melaksanakan langkah kecekapan tenaga bagi membolehkannya turut menikmati penjimatan kos.

"Melalui langkah kecekapan tenaga ini, Parlimen dijangka dapat memperoleh penjimatan RM1 juta dalam tempoh setahun.

"Ia juga seiring misi Parlimen dalam mempromosikan tanggungjawab kelestarian dan alam sekitar, selain menyumbang kepada pengurangan pelepasan karbon," katanya.

Sumber: Berita Harian

Pautan: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1321214/pru-parlimen-belia-dijangka-mac-depan

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.