kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Persidangan Meja Bulat (RTD) Siri 2

 IMG 20241220 WA0132

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Program Persidangan Meja Bulat (RTD) Siri 2/2024 bertajuk Keselamatan Digital : Enigma Anak Muda pada 27 Ogos 2024 bertempat di Dewan Banquet Casa 4, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil Kuala Lumpur. Program RTD Siri 2/2024 ini telah dirasmikan oleh Encik Muhammad Khairil Khalid, Pengerusi Lembaga Pengarah IYRES dan dihadiri oleh 120 orang peserta secara fizikal.

IMG 20241220 WA0141

                                           IMG 20241220 WA0136  IMG 20241220 WA0139

Program RTD siri 2/2024 ini merupakan platform untuk mengumpul idea, pandangan dan cadangan bagi mengangkat suara dan hasrat golongan belia berkaitan isu keselamatan digital, pengembangan Kecerdasan Buatan (AI) dan pengaruh media sosial masa kini. Selain itu, input yang diterima dari kalangan peserta yang hadir ini juga dirumuskan untuk dijadikan dokumen dan seterusnya diketengahkan kepada peringkat tertinggi. Program RTD yang berlangsung selama sehari ini menampilkan pelbagai pakar rujuk yang berpengalaman luas untuk berkongsi ilmu mengenai Keselamatan Digtal. Antaranya ialah Ts. Dr. Mohamad Nizam Kassim, Bahagian Penyelidikan Strategik Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional, Ts. Mohd Zabri Adil Talib, Pengurus Besar Divisyen Teknologi & Perkhidmatan Responsif, Cybersecurity Malaysia dan Encik Baktiar Hasnan daripada Persatuan Pendidikan Digital Ekonomi.

IMG 20241220 WA0135

Selain itu, bagi sesi petang, Forum RTD yang bertajuk Media Sosial: Ancaman atau Pelindung Belia Millenium juga turut diadakan dengan menampilkan Dr Zulisman Maksom Pensyarah Kanan, Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi Universiti Teknikal Melaka (UTEM) sebagai moderator forum bersama 3 orang panel yang terdiri daripada Dr. Noor Nirwandy Mat Nordin Felo Operasi Psikologi Pusat Kajian Perang saraf Media & Informasi UiTM, Puan Mediha Mahmood Ketua Pegawai Eksekutif Communications & Multimedia Content Forum of Malaysia (CMCF) dan Encik Mohamad Sirajuddin Jalil, Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA). Dr Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES juga turut hadir bagi membentangkan rumusan program dan majlis penutupan.

IMG 20241220 WA0138

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.