kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Institut Guangqi perkukuh kerjasama TVET Malaysia-China

SHANGHAI: Penubuhan Institut Guangqi di Shanghai, China dilihat mampu merancakkan pembangunan bakat, tenaga pengajar dan profesional industri Malaysia dalam bidang semikonduktor dan elektronik.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata hab latihan bersama Malaysia-China itu bakal melatih 500 peserta yang terdiri daripada pelajar, tenaga pengajar dan pekerja industri negara.

Di bawah inisiatif berkenaan, semua peserta terbabit akan mengikuti latihan bernilai RM10 juta selama satu hingga enam bulan.

"Program ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha Malaysia menjadi hab serantau bagi pembangunan bakat semikonduktor dan elektronik termaju," katanya selepas merasmikan '2nd Malaysia–China International Industry-TVET Education Cooperation Forum dan 4th Malaysia–China Vocational Education Fair' di Shanghai Technical Institute of Electronics & Information, pagi tadi.

Beliau turut menyambut baik pelaksanaan Program SIYUAN Skill Advancement & Employment Program (SAEP) yang akan membabitkan 2,500 belia Malaysia berkemahiran untuk mengikuti program 'Train & Place di China' bernilai RM12.5 juta.

Latihan itu meliputi tiga sektor strategik iaitu rel transit, e-dagang dan logistik, serta Keselamatan Siber dalam tempoh antara 1 hingga 6 bulan.

Peserta turut berpeluang menjalani penempatan kerja bersama syarikat China yang beroperasi di Malaysia.

Di majlis sama, Ahmad Zahid turut saya juga melancarkan Malaysia-China TVET Industry-Education Alliance (MC-IEA) yang akan memperkukuh kerjasama institusi dan industri dua negara melalui pendekatan 'Train - Intern - Job Placement' dengan nilai co-funding peralatan latihan di bawah inisiatif itu yang mencecah RM10 juta membabitkan 15 institusi TVET China.

 

Sumber: Berita Harian (Institut Guangqi perkukuh kerjasama TVET Malaysia-China)

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.