kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Bengkel TWG Perkukuh Penambahbaikan Indeks Budaya Sukan Malaysia

Image

PUTRAJAYA, 16 Disember 2025 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah menganjurkan Bengkel Technical Working Group (TWG) Indeks Budaya Sukan Malaysia (IBSM) pada 16 Disember 2025 bertempat di Zenith Hotel Putrajaya. Bengkel ini bertujuan menyediakan platform perbincangan dan libat urus strategik bagi mendapatkan idea, pandangan serta cadangan berkaitan penambahbaikan domain dan indikator IBSM.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh Puan Shahhanim Yahya, Eksekutif Penyelidik Kanan I, dan melibatkan penyertaan seramai 32 orang peserta yang terdiri daripada ahli akademik, pemain industri sukan, badan bukan kerajaan (NGO) serta wakil agensi kerajaan yang berkaitan dengan pembangunan belia dan sukan di Malaysia. Penyertaan pelbagai sektor ini mencerminkan pendekatan kolaboratif dalam memastikan IBSM kekal relevan sebagai instrumen pengukuran budaya sukan negara.

Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta telah membincangkan pelbagai isu dan cabaran semasa berkaitan budaya bersukan dalam kalangan masyarakat, termasuk tahap penglibatan belia, perubahan gaya hidup, kepelbagaian bentuk sukan serta keperluan menambah baik indikator sedia ada agar selari dengan keperluan dan trend semasa. Perbincangan turut menekankan kepentingan penggunaan data yang berkualiti dan berimpak dalam menyokong perancangan dasar serta pelaksanaan intervensi pembangunan sukan negara.

Sebagai penutup bengkel, rumusan dapatan dan cadangan Bengkel TWG IBSM telah diserahkan kepada Dr. Nazira binti Abdul Rahman, Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), bagi tujuan penelitian lanjut dan pertimbangan dalam perancangan dasar berkaitan pembangunan budaya sukan negara.

Hasil daripada bengkel ini dijangka dapat menyumbang kepada penambahbaikan struktur domain dan indikator IBSM, sekali gus memperkukuh ketepatan pengukuran serta meningkatkan keberkesanan indeks tersebut sebagai rujukan utama dalam perancangan dan penilaian dasar berkaitan belia dan sukan.

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.