- Home
- Berita Terkini
- Bengkel Ujian Penerimaan Pengguna (User Acceptance Test – UAT) Siri 1/ 2026 Bagi Sistem Dashboard Belia
Bengkel Ujian Penerimaan Pengguna (User Acceptance Test – UAT) Siri 1/ 2026 Bagi Sistem Dashboard Belia

PUTRAJAYA, 5 – 8 Januari 2026
Bengkel Ujian Penerimaan Pengguna (User Acceptance Test – UAT) Siri 1/ 2026 bagi Sistem Dashboard Belia telah selesai dilaksanakan bertempat di LOKASiDEA, Shaftsbury Putrajaya.
Bengkel ini melibatkan pihak DataBolt Sdn. Bhd. dan pasukan IYRES daripada Cawangan Pengurusan Data dan Teknologi Maklumat bagi menguji serta memastikan kefungsian sistem memenuhi keperluan dan peranan pengguna sistem.
Modul-modul baharu dan sedia ada telah diuji dan dikenal pasti sepanjang bengkel untuk penambahbaikan bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan penggunaan Sistem Dashboard Belia.