kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Penyelidik IYRES Dipilih Mewakili Malaysia Dalam Program Kepimpinan Belia Serantau Asia’s Rising Circle 2026

PUTRAJAYA, 6 Januari 2026 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah terpilih untuk menyertai Program Asia’s Rising Circle 2026 anjuran Yayasan Antarabangsa Singapura yang akan berlangsung pada 25 hingga 31 Januari 2026 di Singapura.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan IYRES dalam memperkukuh peranan Malaysia di peringkat serantau, khususnya dalam pembangunan kepimpinan belia Asia. Program ini turut membuka ruang kepada wakil negara untuk memperluas jaringan kerjasama antarabangsa, memperkaya pertukaran amalan terbaik dalam bidang kesihatan, pendidikan dan pekerjaan, serta menyumbang ke arah pembentukan peluang ekonomi dan sosial yang mampan di peringkat Asia.

Penyertaan kali pertama dalam program berprestij ini merupakan satu pengiktirafan terhadap peranan dan sumbangan IYRES dalam bidang penyelidikan serta pembangunan belia. Program Asia’s Rising Circle 2026 menghimpunkan peserta dari Asia Tenggara, China dan India bagi meneroka isu-isu utama berkaitan kesihatan, pekerjaan dan pendidikan, selari dengan aspirasi pembangunan mampan rantau Asia.

Sehubungan itu, satu sesi taklimat program telah diadakan secara dalam talian dengan penyertaan 54 orang peserta yang mewakili pelbagai negara ASEAN. Seramai tiga orang wakil Malaysia telah dicalonkan menyertai program ini, termasuk seorang wakil IYRES iaitu Puan Nur Syuhada Mokhzan, Eksekutif Penyelidik IYRES.

 

Disediakan oleh:
SYAMMIL HAKIMEE BIN JAMALUDIN
(Penolong Eksekutif Komunikasi Korporat)

Disemak oleh:
SHAH ROMNIZAM BIN RAMLI
(Eksekutif Penyelidik 10)
Image

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.