- Home
- Berita Terkini
- Perbincangan Status Semasa Makmal Pembangunan Belia Malaysia
Perbincangan Status Semasa Makmal Pembangunan Belia Malaysia

PUTRAJAYA, 22 Januari 2026 - Satu sesi perbincangan status semasa Makmal Pembangunan Belia Malaysia telah diadakan hari ini di Bilik Mesyuarat Aras 4, Menara KBS. Sesi ini bertujuan untuk mengemaskini status semasa Makmal Pembangunan Belia selain menambahbaik dokumen Makmal Pembangunan Belia Malaysia sebelum pasca-makmal yang akan diadakan pada 3-4 Februari 2026.
Menerusi sesi ini, beberapa penambahbaikan telah dikemaskini dalam dokumen Makmal Pembangunan Belia Malaysia dari segi kerangka modul dan penulisan supaya lebih mudah difahami. Sesi ini dihadiri oleh YBrs. Dr. Zainah Shariff, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia JBSN, YBrs. Dr. Shariffah Mamat, Eksekutif Penyelidik Kanan IYRES dan beberapa pegawai lain yang terlibat.