- Home
- Berita Terkini
- Kursus Pemantapan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 2026
Kursus Pemantapan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 2026

KUALA LUMPUR, 22 Januari 2026 – Satu Kursus Pemantapan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 2026 telah dilaksanakan pada 19 hingga 22 Januari 2026 bertempat di Institut Kenegaraan Perdana, Kuala Lumpur.Penganjuran kursus ini bertujuan untuk memupuk budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan penjawat awam di samping menggalakkan pembangunan produk serta penambahbaikan perkhidmatan oleh warga kementerian secara berterusan.
Penyertaan dalam kursus ini telah memberikan pendedahan yang komprehensif serta meningkatkan kefahaman peserta terhadap kaedah pelaksanaan inovasi secara sistematik, sekali gus memperkukuh keupayaan mereka dalam merancang dan melaksanakan inisiatif Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) secara lebih berkesan dan berimpak tinggi.Kursus ini telah dihadiri oleh Puan Nuurul Mizaan Ya’cob, Eksekutif Penyelidik Kanan IYRES dan Puan Nur Syuhada Mokhzan, Eksekutif Penyelidik IYRES.