- Home
- Berita Terkini
- Sesi Perbincangan Pelaksanaan Kajian Keberkesanan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0
Sesi Perbincangan Pelaksanaan Kajian Keberkesanan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0

PUTRAJAYA, 3 FEBRUARI 2026 – Sesi Perbincangan Pelaksanaan Kajian Keberkesanan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat IYRES, Aras 10, Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Putrajaya.
Pelaksanaan kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan PLKN 3.0 dalam membentuk generasi muda yang berdisiplin, berjiwa patriotik serta mempunyai semangat perpaduan yang tinggi. Sesi perbincangan ini diadakan untuk membincangkan dan memuktamadkan skop kajian dan gerak kerja pelaksanaan Kajian Keberkesanan PLKN 3.0.
Sesi perbincangan tersebut telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Shahhanim Yahya, Eksekutif Penyelidik Kanan I, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES).
Turut hadir ialah YBhg. Prof. Dr. Kartini Aboo Talib @ Khalid, Pakar Rujuk Kajian, wakil daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) iaitu YBhg. Brigedier Jeneral Samad Igom dan Puan Noor Azlina Saadin, serta para penyelidik IYRES.