kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Program “Lunch & Learn Infrastructure Insights 2026” anjuran Ofisgate Sdn. Bhd.

Image

PUTRAJAYA, 4 FEBRUARI 2026 – Program “Lunch & Learn: Infrastructure Insights 2026” anjuran Ofisgate Sdn. Bhd. telah berjaya dilaksanakan bertempat di Dorsett Putrajaya dengan penglibatan pegawai teknologi maklumat daripada pelbagai agensi.

Program ini bertujuan memberi pendedahan berkaitan kepentingan Network Performance Monitoring serta penilaian infrastruktur ICT secara menyeluruh dalam menyokong kelancaran operasi organisasi. Antara pengisian utama program ialah perkongsian berkaitan penggunaan deep packet analysis bagi pemantauan prestasi rangkaian, aplikasi dan keselamatan sistem.

Selain itu, peserta turut diperkenalkan kepada platform simulasi SiberSIM, iaitu satu kaedah simulasi yang membolehkan organisasi menjalankan analisis ramalan (what-if analysis) terhadap prestasi, kapasiti dan kebolehskalaan infrastruktur ICT sebelum pelaksanaan sebenar. Pendekatan ini membantu organisasi membuat perancangan yang lebih strategik serta mengurangkan risiko gangguan perkhidmatan.

Program ini telah dihadiri oleh Encik Muhammad Ridzuan Mohd Rohani dan Encik Muhammad Alif Najmi Mohd Azman, Penolong Eksekutif Teknologi Maklumat, IYRES, dan diharap dapat memberi nilai tambah dalam usaha memperkukuh pengurusan serta pemantauan infrastruktur ICT organisasi.

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.