- Home
- Berita Terkini
- Forum Ekonomi Malaysia 2026 Memacu Pertumbuhan Ekonomi Negara
Forum Ekonomi Malaysia 2026 Memacu Pertumbuhan Ekonomi Negara

KUALA LUMPUR, 5 FEBRUARI 2026 – Forum Ekonomi Malaysia 2026 (FEM 2026) anjuran Kementerian Ekonomi telah berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sebagai platform utama menampilkan pakar dalam pelbagai bidang dari dalam dan luar negara.
Forum bertemakan “Accelerating Growth, Advancing Malaysia” ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia manakala ucapan pembukaan telah disampaikan oleh YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Haji Mohd Nasir, Menteri Ekonomi.
FEM 2026 memberi tumpuan kepada lima (5) agenda utama selaras dengan aspirasi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), iaitu kecerdasan buatan (AI), peralihan tenaga, reformasi kesihatan dan perumahan, perdagangan kompetitif serta pembangunan tenaga kerja masa depan bagi membentuk ekonomi negara.
Penganjuran FEM2026 turut mendapat sokongan rakan strategik dan institusi kewangan utama, sekali gus mengukuhkan komitmen berterusan pelbagai pihak terhadap pembangunan ekonomi Malaysia. Forum ini telah dihadiri oleh Puan Norlyana Ahmad Hisham, Eksekutif Penyelidik IYRES