- Home
- Berita Terkini
- Bengkel Pemurnian Instrumen Kajian Profil Belia Not In Employment, Education or Training (NEET) 2026
Bengkel Pemurnian Instrumen Kajian Profil Belia Not In Employment, Education or Training (NEET) 2026

PUTRAJAYA, 9 FEBRUARI 2026 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), telah melaksanakan Bengkel Pemurnian Instrumen Kajian Profil Belia Not In Employment, Education or Training (NEET) 2026 bertempat di The Everly Hotel, Putrajaya.
Bengkel ini diadakan sebagai gerak kerja awal bagi menambah baik instrumen yang dibangunkan. Kajian Profil Belia NEET 2026 merupakan kesinambungan daripada kajian yang dilaksanakan pada tahun 2024 hingga 2025, bertujuan melaporkan tahap kompetensi teras belia dalam menyesuaikan diri dengan pasaran kerja dan pendidikan.
Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Pn. Shahhanim Yahya, Eksekutif Penyelidik Kanan 1 IYRES dan dihadiri oleh pakar rujuk kajian dan penyelidik IYRES. Melalui pelaksanaan bengkel ini, IYRES berharap dapat menghasilkan instrumen kajian yang mantap dan berkualiti demi memperkukuh data pembangunan belia negara.