kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

IYRES Perkukuh Peranan Serantau, Jadi Panel Jemputan Roundtable Youth & Health in Southeast Asia Anjuran ISEAS - Yusof Ishak Institute, Singapura

Image

SINGAPURA, 12 Februari 2026 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) terus mengorak langkah di peringkat serantau apabila dijemput sebagai panel jemputan dalam program Roundtable on Youth & Health in Southeast Asia anjuran ISEAS – Yusof Ishak Institute, Singapura. Program yang dilaksanakan secara hibrid di Bilik Seminar ISEAS serta menerusi platform Zoom Webinar ini menghimpunkan pakar, penyelidik dan penggubal dasar dari seluruh Asia Tenggara bagi membincangkan isu-isu kritikal berkaitan kesihatan belia.

Perbincangan meja bulat tersebut memberi tumpuan kepada persepsi dan pengalaman sebenar belia terhadap kesihatan, di samping mengenal pasti cabaran semasa yang dihadapi oleh generasi muda di rantau ini. Sesi turut meneliti perbandingan antara negara serta membincangkan intervensi di peringkat antarabangsa, serantau, nasional dan tempatan yang telah terbukti berkesan, termasuk batas dan cabarannya.

IYRES diwakili oleh Puan Shahhanim Yahya, Eksekutif Penyelidik Kanan, bersama lima (5) panel jemputan lain yang berkongsi pandangan serta membahaskan pendekatan inovatif ke arah penggubalan dasar yang lebih responsif dan berimpak tinggi. Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan IYRES dalam memperkukuh ekosistem penyelidikan belia serta menyumbang kepada pembangunan dasar yang lebih inklusif dan mampan, demi memenuhi keperluan serta aspirasi generasi belia masa hadapan.

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.