kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Bengkel Pemantauan Sistem Dashboard Belia (Merekod Program Bantuan/Dana) Peringkat Kementerian Belia dan Sukan

Image

PUTRAJAYA, 13 FEBRUARI 2026 – Bengkel Pemantauan Sistem Dashboard Belia (Merekod Program Bantuan/Dana) Peringkat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah dilaksanakan di Bilik Latihan ICT Aras 14, Menara KBS dengan penglibatan pegawai-pegawai KBS yang bertanggungjawab dalam melaksanakan program berbentuk bantuan dan dana di bawah seliaan KBS.

Bengkel ini memberi fokus kepada merekodkan program berbentuk bantuan dan dana yang ditawarkan kepada golongan belia, termasuk persatuan belia dan sukan di dalam Sistem Dashboard Belia. Melalui sistem Dashboard Belia, maklumat yang direkodkan akan menjadi satu platform berpusat yang menawarkan bantuan dan dana KBS, seterusnya memudahkan proses rujukan dan permohonan melalui sistem sedia ada.

Pelaksanaan inisiatif ini selaras dengan komitmen KBS dalam memperkukuh pengurusan data serta meningkatkan kecekapan penyampaian maklumat berkaitan program bantuan dan dana kepada kumpulan sasar secara lebih sistematik dan berkesan.

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.