- Home
- Berita Terkini
- Majlis Syarahan Perdana Profesor YBhg. Profesor Dr. Kartini Aboo Talib@ Khalid anjuran Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Majlis Syarahan Perdana Profesor YBhg. Profesor Dr. Kartini Aboo Talib@ Khalid anjuran Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Bangi, 10 Februari 2026 – Majlis Syarahan Perdana Profesor YBhg. Profesor Dr. Kartini Aboo Talib@ Khalid anjuran Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah berlangsung dengan jayanya pada 10 Februari 2026 bertempat di Bilik Senat, Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Majlis telah dimulakan dengan pidato pengenalan oleh YBhg. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa), Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor. Dalam majlis tersebut, YBhg. Profesor Dr. Kartini Aboo Talib@ Khalid telah menyampaikan Syarahan Perdana Profesor bertajuk “Dasar Awam dan Kesejahteraan Masyarakat: Kefahaman Dalam Menghadapi Masa Depan”.
Syarahan ini mengupas secara mendalam isu berkaitan dasar awam dan kesejahteraan masyarakat. Antara perkara utama yang disentuh termasuk keperluan membina ketahanan masyarakat, keupayaan adaptasi terhadap perkembangan teknologi, serta pengukuhan nilai etika dan peradaban sebagai asas penting dalam memastikan kesejahteraan masyarakat yang mampan dan berterusan.
Majlis ini turut dihadiri oleh YBrs. Dr. Nur Shazwanie Rosehan, Eksekutif Penyelidik IYRES, dan Cik Nurul Alya Mohamed Adnan, Penolong Eksekutif Penyelidik, IYRES.