kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Bengkel Pemurnian Instrumen dan Protokol Kajian Keberkesanan Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0

Image

PUTRAJAYA, 5 MAC 2026 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah mengadakan Bengkel Pemurnian Instrumen dan Protokol Kajian Keberkesanan Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bertempat di Menara KBS hari ini. Bengkel ini bertujuan untuk menambahbaik instrumen kajian bagi memastikan keberkesanan program PLKN 3.0 dalam membentuk generasi muda yang berdisiplin dan patriotik dapat diukur secara tepat.

Sesi perbincangan ini memberikan tumpuan khusus kepada pemurnian instrumen soal selidik serta protokol perbincangan kumpulan berfokus (Focus Group Discussion - FGD) yang melibatkan pelbagai sasaran informan termasuk bekas peserta dan jurulatih.

Sesi pemurnian ini telah dipengerusikan oleh Puan Mastura Mohamad, Eksekutif Penyelidik Kanan IYRES, serta turut dihadiri oleh Prof. Dr. Kartini Aboo Talib @ Khalid selaku Pakar Rujuk Kajian bersama Mejar Mohamad Norizam Ibrahim, Penolong Pengarah Bahagian Sukarelawan Alumni, JKLN dan barisan kepimpinan daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN).

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.