kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim dari Rumah Bakti Al-Kausar

BANGI, 6 Mac 2026 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dengan kerjasama Kelab Rekreasi IYRES telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim dari Rumah Bakti Al-Kausar, Bandar Baru Bangi, Selangor, sebagai usaha menyemarakkan semangat kebersamaan dan keprihatinan sempena bulan Ramadan.

Program tersebut telah menghimpunkan seramai 20 orang anak yatim yang disantuni oleh warga IYRES melalui pelbagai aktiviti menarik, antaranya permainan kuiz Ramadan serta penyampaian duit raya kepada para peserta.

Selain itu, pihak IYRES turut menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan harian kepada Rumah Bakti Al-Kausar. Sumbangan tersebut merupakan hasil kutipan derma daripada orang ramai yang telah dijalankan pada awal Februari 2026 yang lalu.

Majlis ini turut dihadiri oleh Encik Muhammad Khairil Khalid, Pengerusi Lembaga Pengarah IYRES. Sementara itu, ucapan aluan telah disampaikan oleh Puan Shahhanim Yahya, Eksekutif Penyelidik Kanan IYRES.

Penganjuran program ini merupakan platform mengeratkan hubungan silaturahim antara warga IYRES dan masyarakat, di samping menyemai nilai keprihatinan serta semangat berkongsi rezeki dalam kalangan warga kerja IYRES.

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.