- Home
- Berita Terkini
- Bengkel Sindikasi Indeks Budaya Sukan Malaysia 2026 (IBSM'26)
Bengkel Sindikasi Indeks Budaya Sukan Malaysia 2026 (IBSM'26)

PUTRAJAYA, 2-3 APRIL 2026 – Bengkel Sindikasi Indeks Budaya Sukan Malaysia 2026 (IBSM'26) telah selesai diadakan selama dua (2) hari bertempat di Dorsett Putrajaya.
Bengkel ini bertujuan untuk memurnikan kerangka awal IBSM’26, khususnya berkaitan penyelarasan domain dan cadangan indikator kajian. Di samping itu, bengkel ini juga merupakan platform perbincangan bagi mendapatkan idea, cadangan dan strategi berkaitan pembangunan industri sukan di Malaysia.
Bengkel ini telah dihadiri oleh wakil-wakil daripada kementerian/ agensi/ jabatan kerajaan, ahli-ahli akademik, pemain industri, badan bukan kerajaan (NGO), dan lain-lain individu/ badan berpersatuan berkaitan belia dan sukan.
Turut hadir adalah Puan Shahhanim Yahya, Eksekutif Penyelidik Kanan 1, IYRES. Selain itu, seramai lima (5) orang pakar rujuk yang berperanan sebagai fasilitator dan seorang ketua fasilitator juga telah hadir ke bengkel ini untuk sama-sama membantu proses sindikasi IBSM'26 dalam usaha menghasilkan output IBSM'26 yang berkualiti.