- Home
- Berita Terkini
- Bengkel Ujian Penerimaan Pengguna (User Acceptance Test – UAT) Siri 2/2026 bagi Sistem Dashboard Belia
Bengkel Ujian Penerimaan Pengguna (User Acceptance Test – UAT) Siri 2/2026 bagi Sistem Dashboard Belia

BANGI, 2-4 APRIL 2026 – Bengkel Ujian Penerimaan Pengguna (User Acceptance Test – UAT) Siri 2/2026 bagi Sistem Dashboard Belia telah berjaya dilaksanakan di Bangi Golf Resort sebagai kesinambungan kepada pelaksanaan UAT Siri 1 yang telah diadakan sebelum ini.
Bengkel ini melibatkan pihak Data Bolt Sdn. Bhd. dan pasukan IYRES daripada Cawangan Pengurusan Data dan Teknologi Maklumat bagi menguji, menilai serta memastikan kefungsian sistem memenuhi keperluan mengikut peranan pengguna.
Sepanjang bengkel berlangsung, modul-modul baharu dan sedia ada telah diteliti serta diuji secara menyeluruh. Beberapa aspek penambahbaikan turut dikenal pasti bagi memastikan Sistem Dashboard Belia dapat berfungsi dengan lebih lancar, efektif dan mesra pengguna.