kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Program Bicara Eksekutif dan Majlis Peluncuran Pelan Tindakan Dasar Sosial Negara 2026–2030

Image

KUALA LUMPUR, 7 MEI 2026 – Program Bicara Eksekutif dan Majlis Peluncuran Pelan Tindakan Dasar Sosial Negara 2026–2030 telah berlangsung di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) dengan menghimpunkan pelbagai pemegang taruh, ahli akademik serta agensi berkaitan dalam usaha memperkukuh agenda pembangunan sosial negara.

Program dimulakan dengan sesi Bicara Eksekutif bertajuk “Merealisasikan Pelan Tindakan Dasar Sosial Negara 2030” yang menampilkan seorang moderator bersama dua orang panel jemputan daripada Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Sesi tersebut membincangkan hala tuju, cabaran serta strategi pelaksanaan dasar sosial secara holistik dan mampan demi kesejahteraan rakyat.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan aluan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, sebelum disusuli ucapan perasmian oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Turut hadir mewakili Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) ialah Encik Shah Romnizam Ramli, Eksekutif Penyelidik Kanan 10.

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.