- Home
- Berita Terkini
- Bengkel Klasifikasi Fail (KF) ke arah pelaksanaan Digital Document Management System (DDMS) 2.0
Bengkel Klasifikasi Fail (KF) ke arah pelaksanaan Digital Document Management System (DDMS) 2.0

KUALA LUMPUR 7 - 9 MEI 2026 – Bengkel Klasifikasi Fail (KF) ke arah pelaksanaan Digital Document Management System (DDMS) 2.0 telah diadakan di Ramada Suites by Wyndham, KLCC bagi membina sistem pengurusan rekod dan pemfailan yang sistematik, teratur, dan seragam, selaras dengan piawaian Arkib Negara Malaysia.
Ia memberi tumpuan kepada pembangunan klasifikasi fail urusan am dan fungsian, memperkasa kecekapan carian dokumen, serta mempersiapkan IYRES ke arah transformasi digital atau sistem DDMS 2.0. Sesi ini dilaksanakan oleh pegawai dari Arkib Negara Malaysia, iaitu Puan Hapiza binti Osman dan Encik Nur Zaki bin Saini serta Encik Jamidi bin Jaluin.
Semua ketua cawangan/unit dan pegawai IYRES terlibat dalam bengkel ini. Majlis dirasmikan oleh Puan Shahhanim Yahya, Eksekutif Penyelidik Kanan IYRES.