- Home
- Berita Terkini
- Kajian Impak & Keberkesanan Program Belia Bestari 2011
|
Berita KBS - 13 Jun 2012 IPPBM Sedang Menjalankan Kajian Impak Dan Keberkesanan Program Belia Bestari 2011.Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) sedang menjalankan Kajian Impak dan Keberkesanan Program Belia Bestari 2011 dimana program tersebut merupakan program anjuran Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara. Tujuan kajian impak dan keberkesanan ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti status bekas peserta bagi tahun 2011 yang telah menamatkan program sama ada memilih bidang kemahiran atau bidang keusahawanan selain itu juga membuat penilaian sejauh mana pihak vendor/francaisor membantu melahirkan belia yang berjaya menamatkan program tersebut. Kajian dijalankan dengan mengumpul data kuantitatif dan kualitatif berpandukan tiga (3) kaedah iaitu menggunakan borang soal selidik yang dikendalikan melalui kaedah telefon, temu bual dalam Focus Group Discussion (FGD) dan analisis kandungan (Content analysis) maklumat pembayaran kepada setiap vendor/francaisor. IPPBM telah selesai menjalankan empat (4) sesi FGD bersama peserta program dari negeri W.P.Kuala Lumpur, Johor, Negeri Sembilan dan Terengganu manakala 15 dan 16 Jun nanti FGD bagi peserta program dari negeri Kedah dan Perlis juga akan dijalankan. Perancangan Pelaksanaan kajian ini akan berlangsung dari bulan April sehingga Julai 2012 dan dijangka siap laporan sepenuhnya pada bulan Ogos nanti. Dalam pada yang sama, IPPBM juga sedang menjalankan online survey bagi mendapatkan Persepsi Belia Terhadap Cadangan Pelaksanaan Program Perdana Leader Fellowship. Disediakan Oleh: Mohd Nor Aimullah Saleh (IPPBM) |