- Home
- Berita Terkini
- Y Centre Pusat Aktiviti dan Maklumat Para Belia
Y Centre Pusat Aktiviti dan Maklumat Para Belia

|
Berita KBS - 25 Jun 2012 Disediakan oleh : Mohd Khalid bin Mohd Khairuddin, Unit Komunikasi Korporat Y-CENTRE, PUSAT AKTIVITI DAN MAKLUMAT UNTUK PARA BELIAMELAKA , 23 JUN 2012 – Perasmian Y-Centre yang disempurnakan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak sempena Majlis Perasmian Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Majlis Jelajah Janji Ditepati. YAB Perdana Menteri telah menandatangani plat perasmian yang diletakkan di dalam ruang legar Y-Center. Turut hadir menyaksikan termasuklah Menteri Kewangan 2, Dato’ Sri Husni Hanadzlah dan Ketua Menteri Melaka, Dato’ Sri Mohd Ali bin Rustam. Mengambil inisiatif kerajaan dalam memperkenalkan Program Transformasi ini di kalangan belia, pendekatan ini seharusnya dipandang tinggi oleh para Belia dalam menyemarakkan lagi semangat 1Malaysia. Ianya juga salah satu usaha kerajaan sebagai penghargaan kepada para belia yang bakal menjadi pemimpin pada masa akan datang. Kementerian Belia dan Sukan menempatkan Y-Centre ataupun Pusat Belia di UTC ini dengan menyediakan kemudahan-kemudahan sukan dan riadah seperti Gymnasium Rakyat serta Indoor Games seperti Snooker dan Karom. Terdapat juga beberapa komputer yang disediakan untuk memudahkan para belia melayari internet di Y-Centre. Dengan kemudahan seperti ini sedikit sebanyak dapat membantu para belia berkumpul di satu tempat yang sama dan melakukan aktiviti yang mereka minati. Ianya juga menggalakkan para belia untuk saling bertukar-tukar pendapat dalam menjayakan setiap aktiviti. Turut serta dalam upacara perasmian itu adalah Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Dato’ Mohid bin Mohamed, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Hajah Salmah binti Aziz dan Pegawai-pegawai Kanan Kementerian. Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat |