kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Merdeka Raya daripada warga IPPBM

Berita IPPBM - 15 August 2012

 

MERDEKA RAYA DARIPADA WARGA IPPBM

Oleh: Mohd Nor Aimullah Saleh (IPPBM)

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PUTRAJAYA, 14 Ogos 2012 – Seluruh warga kerja Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia ( IPPBM ) merakamkan setinggi –tinggi penghargaan dan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Lebaran dan  Hari Kebangsaan ke-55 kepada semua warga Kementerian Belia dan Sukan dan belia di seluruh Negara.

 

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Wasitah Haji. Mohd Yusof dan seluruh warga kerja IPPBM mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan  Batin dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan  ke-55 kepada seluruh warga KBS, agensi-agensi  serta belia di seluruh negara serta keluarga masing-masing.

 

Dalam menantikan kehadiran kedua-dua perayaan ini, warga kerja IPPBM mengadakan gotong royong menghiasi pejabat mereka dengan bendera dan hiasan sambutan Aidil Fitri bagi membangkitkan mood kedua-dua perayaan itu dikalangan mereka.

 

Dr. Wasitah juga mengingatkan agar warga KBS yang ingin pulang ke kampung agar sentiasa berhati-hati di sepanjang perjalanan dan semoga dapat kembali bertugas dengan selamat dan ceria. Katanya, pengguna jalanraya tidak perlu terburu-buru sewaktu dijalan raya dan sentiasa mematuhi setiap arahan yang ditetapkan.

 

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.