- Home
- Berita Terkini
- Hari Mesra IPPBM Bersama Media Meriah!
Hari Mesra IPPBM Bersama Media Meriah!

|
Berita IPPBM - 18 September 2012 Oleh: Mohd Nor Aimullah Saleh (IPPBM) This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. HARI MESRA IPPBM BERSAMA MEDIA MERIAH! 16 SEPTEMPBER 2012 Putrajaya – Bersempena dengan Hari Malaysia yang lalu, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) telah mengadakan inisiatif untuk mengadakan Program Hari Mesra IPPBM Bersama Media yang julung kali diadakan di Power Bowl, Alamanda, Putrajaya. Program yang berbentuk perlawanan bowling persahabatan ini bertujuan untuk meningkatkan jalinan kerjasama antara IPPBM dan media serta menambahkan lagi jaringan penyebarluasan maklumat di kalangan pihak media. Program yang dihadiri seramai 25 wakil media dirasmikan oleh Y.Bhg Dato’ Dr. Junaidy Bin Abd Wahab, Pengerusi Lembaga Pengarah IPPBM. Sebanyak 12 kumpulan telah bertanding dalam perlawanan persahabatan ini yang dibentuk dari 3 orang peserta yang terdiri daripada staff IPPBM dan wakil - wakil media. Sebanyak 2 kategori telah dipertandingkan iaitu berkumpulan dan individu wanita/lelaki. Bagi kategori berkumpulan, juara telah membawa pulang wang tunai berserta piala iringan yang dimenangi oleh Kumpulan 10 yang terdiri oleh Dr Wasitah (IPPBM), Abd. Rani (RTM) dan Mustakim (RTM). Naib juara jatuh pada kumpulan 11 yang terdiri oleh Hj Zakariah (IPPBM), Afifi Hafiz (Kosmo) dan Zainal Abidin (Bernama) dan Tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan 7 yang terdiri oleh Muhammad Safwan Saidon (DBP), Siti Sarah (Sinar Harian) dan Shahromnizam (IPPBM). Manakala untuk kategori individu wanita, juara disandang oleh Siti Sarah (Sinar Harian) dengan jatuhan pin sebanyak 526 yang membolehkan beliau membawa pulang wang tunai berserta piala iringan. Naib juara telah dimenangi oleh Syarina Tiara (Sinar Harian) dengan jatuhan pin sebanyak 473 dan tempat ketiga pula dimenangi oleh Noor Sila (NTV7) dengan jatuhan pin sebanyak 413. Untuk kategori individu lelaki, juara telah membawa pulang wang tunai beserta piala iringan dimenangi oleh Zainal Abidin (Bernama) dengan jatuhan pin sebanyak 545. Naib juara disandang oleh Abd Rani (RTM) dengan jatuhan pin sebanyak 529 dan Ricky Yap (NSTP) terpaksa berpuas hati di tempat ketiga dengan jatuhan pin sebanyak 491. Kesemua hadiah telah disampaikan oleh Y.Bhg. Dr. Wasitah Bt Hj Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif IPPBM. Program Hari Mesra IPPBM bersama Media ini diakhiri dengan sesi bergambar di antara warga kerja IPPBM dan wakil – wakil media. Program tamat pada jam 4.30 petang. |