kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Pertimbang aspek kemampuan dalam skim rebat telefon.

Berita Harian - 15 Oktober 2012

Pertimbang aspek kemampuan dalam skim rebat telefon.


KUALA LUMPUR: Mekanisme yang akan diperkenal oleh kerajaan mengenai rebat telefon pintar untuk belia perlu juga mengambil kira kemampuan dan kepentingan golongan berkenaan, kata Persatuan Pemilik Telefon Bimbit (Perbit). Presidennya, Mohd Ali Ibrahim berkata, ini bagi mengelak belia daripada terpedaya dengan penjual telefon yang tidak bertanggungjawab selain terlebih berbelanja untuk telefon mereka.

Selain berkata, skim itu akan menggalakkan lebih ramai belia beralih menggunakan telefon pintar, beliau turut menyamakan inisiatif berkenaan sebagai "terjun ke laut tanpa mengetahui kedalamannya".

"Persoalannya sama ada akhirnya mereka mampu membayar bil setiap bulan. Kita berharap masalah yang timbul dari permohonan kad kredit satu masa dulu, bila institusi kewangan menawar kad kredit kepada pengguna dan menyebabkan sesetengah mereka yang tidak berupaya mengawal perbelanjaan mereka menjadi bankrap, tidak akan berlaku dalam kes rebat (inisiatif) ini. "Kita tidak mahu melihat bil telefon menjadi sebahagian besar gaji dan perbelanjaan belia-belia ini," katanya kepada Bernama. Oleh itu Mohd Ali mencadangkan pakej terbabit mengehadkan perbelanjaan itu kepada jumlah tertentu setiap bulan. Beliau berkata, syarikat telekomunikasi yang terbabit dalam projek berkenaan perlu menawarkan terma dan syarat yang jelas caj perkhidmatan mereka.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam membentangkan Belanjawan 2013, mengumumkan bahawa kerajaan akan memberi RM200 bagi pembelian telefon pintar untuk belia berumur 21 hingga 30 tahun yang berpendapatan sehingga RM3,000 sebulan. Sejumlah RM300 juta diperuntuk untuk inisiatif berkenaan yang dijangka memanfaat kira-kira 1.5 juta belia. Dilaporkan kerajaan akan mengeluarkan mekanisme untuk melancarkan inisiatif tersebut tidak lama lagi. Mohd Ali berkata, untuk mengelak salah guna, hanya syarikat telekomunikasi yang berwibawa perlu dilantik menyertai program berkenaan. - BERNAMA

 

 

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.