kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

KBS Gunakan Pendekatan “Dari Belia untuk Belia”

Berita KBS - 19 Oktober 2012

KBS GUNAKAN PENDEKATAN “DARI BELIA UNTUK BELIA”


Oleh : Tajul Ariffin B Jamaludin @ Yusof ( Bahagian Dasar dan Perancangan Stratgeik KBS )

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

KUALA LUMPUR, 17 Oktober 2012  -  “Kementerian Belia dan Sukan telah merancang, merangka dan melaksanakan pelbagai program belia tidak kira sama ada di dalam bandar mahu pun di luar bandar.”

   “Program yang dilaksanakan di luar bandar adalah bersesuaian dengan budaya, sosioekonomi dan demografi golongan belia bagi sesuatu kawasan. Selain itu, pelaksanaan program yang lebih berfokus adalah melalui pendekatan strategik rakan kongsi kita yang utama iaitu persatuan belia di sesuatu kawasan luar bandar. Kementerian menggunakan pendekatan ‘Dari Belia Untuk Belia’ dalam melaksanakan sesuatu program.” Ujar Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Gan Ping Sieu ketika menjawab soalan lisan daripada wakil Arau, Dato’ Ismail Kassim di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

 Menurut Dato’ Ismail, pihaknya mencadangkan supaya Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengadakan program-program yang lebih berfokus terutamanya di kawasan luar bandar.

 Menurut Senator Gan, jumlah keseluruhan peruntukan KBS bagi Negeri Perlis adalah sebanyak RM1,138,410.00 melibatkan sebanyak 123 program Belia dan Sukan dengan penyertaan seramai 32,905 orang.

  “Majlis Belia Negeri Perlis juga telah menerima bantuan pentadbiran daripada KBS sebanyak RM100,000.00 pada tahun 2012 berbanding RM50,000.00 pada tahun 2011 iaitu kenaikan 100 peratus.”

 

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.,my

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.