kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Perbadanan Putrajaya Sedia Sokong KBS Laksana Festival Belia Putrajaya

Berita KBS - 1 November 2012

PERBADANAN PUTRAJAYA SEDIA SOKONG KBS LAKSANA FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA


Oleh : Muhammad Hafizuddin Sahadan, Unit Komunikasi Korporat, KBS

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PUTRAJAYA, 30 Oktober 2012 – Perbadanan Putrjaya (PPj) memberi komitmen akan memberikan kerjasama serta sokongan sepenuhnya untuk menjayakan Festival Belia Putrajaya (FBP) yang bakal diadakan Mei tahun hadapan.

 

Presidennya, Tan Sri Dato’ Seri Aseh Haji Che Mat berkata, pihaknya sedia memberikan sokongan penuh kepada Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) untuk menjayakan program tahunan itu selagi ia tidak melanggar undang-undang atau menyalahi mana-mana peraturan yang ada.

 

Katanya, PPj juga sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak kearah untuk menjadikan Putrajaya sebagai sebuah bandar pelancongan dan destinasi untuk pelbagai aktiviti. Sambil menyarankan KBS melantik pegawai-pegawai PPj untuk menjadi ahli di dalam mana-mana  Jawatankuasa Kecil Pelaksanaan Festival itu nanti supaya pihaknya dapat memberikan input agar selaras dengan perancangan pihaknya.

 

Tan Sri Dato’ Seri Aseh berkata demikian dalam sesi taklimat mengenai Festival Belia Putrajaya 2013 sempena kunjungan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek dan pegawai-pegawai kanan KBS di pejabatnya di sini hari ini. Taklimat disampaikan oleh Dato’ Sri Ahmad Shabery  sendiri. Terdahulu, rombongan diraikan dalam majlis makan tengahari yang turut disertai pegawai-pegawai kanan PPj.

 

 Dato’ Sri Ahmad Shabery berkata, banyak ruang dan pendekatan yang boleh diperkenalkan kepada warga Putrajaya supaya bersama-sama menjadikan bandar pentadbiran ini sebagai sebuah lokasi yang sentiasa dikunjungi ramai sama ada dari peringkat tempatan mahupun luar. Putrajaya juga katanya, perlu diangkat dan dimartabat sebagai salah sebuah destinasi yang mesti dilawati oleh pelancong ke negara ini dan diantara bandar tercantik di dunia.

 

  Beliau berkata, KBS berpuas hati dengan kerjasama serta sokongan PPj untuk menjayakan Himpunan Belia sejak tiga tahun lalu dan berharap semoga PPj terus membuka pintu mereka untuk memantapkan kerjasama yang sedia terjalin itu.      

 

 “Sambutan Hari Belia Negara disambut secara besar-besaran adalah bagi membina psikologi keyakinan belia kepada kerajaan. Format Hari Belia Negara di perbaharui dari semasa ke semasa bagi menarik minat golongan belia bersama-sama merasai bahang kemeriahan Hari Belia Negara.”

 

 “Hari Belia Negara adalah satu platform bagi golongan belia menonjolkan bakat dalam perbagai bidang dan membuka mata belia dalam mencari peluang-peluang membina kejaya. Himpunan ini juga menunjukkan bertapa kuatnya hubungan belia dengan belia yang lain dalam membawa kemeriahan bagi setiap aktiviti yang dijalankan,” ujarnya.

 

  Untuk rekod, Putrajaya telah diisytiharkan oleh kerajaan sebagai Bandar Mesra Belia dan dipilih sebagai lokasi  Festival Belia Putrajaya.

 

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.