kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Dekati belia ikut cita rasa

Berita Kosmo -20 November 2012

 

Dekati belia ikut cita rasa

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sentiasa positif dan mengambil kira pelbagai aspek dalam penganjuran setiap aktiviti supaya selari dengan misi membina bangsa Malaysia yang patriotik dan bersatu padu melalui program pembangunan belia dan sukan yang strategik.

KBS dalam kenyataannya semalam memberi contoh program Himpunan Jutaan Belia 2012 yang diadakan sempena Sambutan Hari Belia Negara pada 23 hingga 27 Mei lalu telah berjaya menarik kira-kira 2.4 juta pengunjung untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang disediakan sepanjang lima hari ia berlangsung.

Kementerian itu menegaskan, kejayaan itu berjaya dicapai tanpa memfokuskan kepada aspek hiburan semata-mata.

Menurutnya, program Himpunan Jutaan Belia 2012 membabitkan lebih 500 acara dalam 33 segmen dengan menjadikan laluan sepanjang enam kilometer Persiaran Perdana Putrajaya dan kawasan sekitarnya sebagai pusat aktiviti.

"Himpunan Jutaan Belia 2012 menyediakan pelbagai aktiviti berbentuk pendidikan, kerohanian, sukan, kebudayaan dan tidak hanya memfokuskan kepada hiburan semata-mata," jelasnya.

Kenyataan itu adalah reaksi KBS terhadap usul Pemuda Pas dalam Muktamar Agung parti itu di Kota Bharu minggu lalu yang mengkritik langkah kerajaan yang kononnya lebih mengutamakan aktiviti hiburan melampau seperti persembahan kumpulan K-Pop dari Korea Selatan dalam Himpunan Jutaan Belia 2012 berbanding program bersifat keagamaan.

 

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.