kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Sumbangan Idea Ditagih Untuk Bangunkan Belia.

Berita KBS -30 November 2012

SUMBANGAN IDEA DITAGIH UNTUK BANGUNKAN BELIA.

 

PUTRAJAYA, 22 November 2012 –Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek mengiktiraf serta menghargai sumbangan para belia dan menyifatkan mereka sebagai rakan kongsi bagi menjana idea dan pandangan dalam menghasilkan sistem perundangan dan organisasi yang lebih baik mengikut skop “permikiran generasi muda”.

 

Katanya, idea membuka ruang dan peluang kepada golongan belia ini perlu   dilaksanakan supaya setiap idea dan pandangan yang dijalankan itu dapat mempengaruhi negara menjadi lebih maju, berdaya saing dan menjadi negara yang lebih segar mengikut skop “permikiran generasi muda” dalam sistem perundangan dan sistem pentadbiran Negara.

 

Dato’ Sri Ahmad Shabery berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Sidang Empat Penggal ke-28 2011-2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini bari ini.

 

Persidangan kali ini melibatkan generasi muda dan belia di seluruh negara dan ianya juga melibatkan wakil-wakil persatuan dan NGO yang terlibat  melalui sesi  pembentangan dan perbahasan usul-usul yang  perlu diambil kira dan diperbaiki dalam pelaksanaan undang-undang dan pentadbiran negara yang lebih baik pada masa yang akan datang.

 

Antara objektif forum ini diadakan adalah untuk membuka ruang dan peluang kepada generasi muda bagi mengutarakan dan membincangkan pelbagai isu peringkat nasional dan antarabangsa mengikut perspektif peserta, selain dapat menggalakkan percambahan idea yang lebih fokus terhadap sesuatu isu agar dapat menghasilkan input-input yang boleh dibawa kepada perhatian kerajaan dan menyediakan platform kepada generasi muda untuk menimba pengalaman dan pengetahuan baru daripada penganjuran forum ini, perbincangan ini juga merangkumi beberapa topik semasa.

Pada persidangan itu, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia Dan Sukan Negara,  Pn. Daliah  Khalid dalam pembentangannya mengutarakan 17 isu dan perkara utama yang yang dibincangkan dan mendapat maklum balas yang amat positif. Tiga isu  yang mendapat perhatian  untuk dibincangkan ialah :

1) Mempertingkatkan penguatkuasaan dan pemantauan masalah gejala sosial seperti seks bebas, judi, arak serta anak luar nikah.

2) Cadangan supaya kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pusat-pusat perjudian dan menghapuskan terus lesen judi dan perlu mengeluarkan satu garis panduan yang lebih jelas.

3) Cadangan Kementerian Pengajian Tinggi (  KPT ) menjalankan kajian        terhadap pelajar-pelajar universiti yang bertindak ganas dan menentang kerajaan.

 

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS)

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 

 

 

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.