- Home
- Berita Terkini
- Kerjasama Perlu Untuk Mencapai Kejayaan
Kerjasama Perlu Untuk Mencapai Kejayaan

Berita KBS -13 December 2012
|
KERJASAMA PERLU UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN Oleh : Junaidin Bardin Unit Komunikasi Korporat KBS This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.PUTRAJAYA, 10 Disember 2012 - Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek mahukan agar warga kementerian ini sentiasa mengamalkan semangat kerjasama berpasukan bagi menghasilkan satu impak yang maksimum di samping menghasilkan kejayaan yang disasarkan. Katanya, kejayaan bukanlah boleh hadir dengan mudah tanpa disertai komitmen, kerjasama berpasukan, strategi yang betul serta keyakinan. Beliau mengambil contoh kejayaan pasukan bola sepak Malaysia yang mampu mengikat Thailand dengan keputusan seri walaupun pada awalnya pasukan lawan dilihat lebih kental dan mempunyai kelebihan yang tersendiri. Namun, hasil kerjasama, komitmen serta semangat yang tinggi, impian Thailand tersekat dengan resepi yang ditunjukkkan pasukan negara. “Kita dapat mengambil iktibar dalam perlawanan bola sepak semalam dari segi pandangan positifnya ialah kerjasama dalam sesuatu kumpulan dalam merealisasikan kejayaan. Seperti mana kita sekarang berkhidmat dibawah KBS untuk memberi perkhidmatan yang terbaik terutamanya dalam bidang sukan di negara kita,” ujarnya pada majlis Perhimpunan Mesra Bulan Disember di sini hari ini. Majlis yang dihoskan Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia (IPPBM) menyaksikan majlis sambutan hari lahir buat Dato’ Sri Ahmad Shabery pada hari ini. Kita di sini yang berada di bawah satu bumbung perlu bekerjasama dalam apa juga ativiti yang kita langsungkan walaupun di dalam KBS ini mempunyai pelbagai unit yang berbeza, kita saling memerlukan antara satu sama lain dan perlu menyokong antara satu sama lain. “Kerjasama ini tidak hanya berlaku dalam bidang sukan yang melibatkan pasukan akan tetapi kerjasama kumpulan juga terlibat dalam semua organisasi di semua pelosok dunia,” katanya. Disunting : Razali Haji Mohamed yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS ) This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |