- Home
- Berita Terkini
- Majlis Belia Selangor anjur Job Fair, Larian Belia di i-City
Majlis Belia Selangor anjur Job Fair, Larian Belia di i-City

Berita Utusan -26 December 2012
|
Majlis Belia Selangor anjur Job Fair, Larian Belia di i-City SHAH ALAM 25 Dis. - Majlis Belia Selangor (MBS) akan menjayakan program MBS Job Fair yang menawarkan hampir 6,000 peluang pekerjaan kepada golongan belia di negeri ini sempena Karnival Sayangi Selangor di i-City di sini pada 29 hingga 31 Disember ini. Presiden MBS, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, program dengan kerjasama Job Malaysia dan 1Malaysia For You (IM4U) itu terbuka kepada golongan belia berusia 21 hingga 30 tahun yang merupakan pemegang Diploma, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR). Beliau berkata, syarikat-syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan tersebut terletak di kawasan sekitar Kelana Jaya, Subang Jaya, Petaling Jaya, Klang, Shah Alam dan Pelabuhan Klang. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kota/20121226/wk_05/Majlis-Belia-Selangor-anjur-Job-Fair,-Larian-Belia-di-i-City#ixzz2G7Uzf4wX
|