- Home
- Berita Terkini
- Majlis Makan Malam Sempena Lawatan Delegasi KEMENPORA.
Majlis Makan Malam Sempena Lawatan Delegasi KEMENPORA.

Berita KBS -31 December 2012
|
MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA LAWATAN DELEGASI KEMENPORA Oleh: Mohd Nor Aimullah Saleh (IPPBM) This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.PUTRAJAYA, 17 Disember 2012 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) telah mengadakan satu majlis makan malam sempena lawatan delegasi Kementerian Pemuda dan Olahraga Republic Indonesia (KEMENPORA) ke IPPBM baru-baru lalu dalam usaha memupuk hubungan dua hala di antara kedua-dua pihak.
Lawatan dari KEMENPORA adalah sebagai lawatan lanjutan Program Desk Kepimpinan Indonesia - Malaysia dan ASEAN. Majlis makan malam yang diadakan di atas Cruise Tasik Putrajaya itu dihadiri oleh lima wakil dari KEMENPORA yang diketuai Deputi Bidang Pemberdayaan Pemuda KEMENPORA, Dr. Alfitra Salamm
Hadir sama Ahli Lembaga Pengarah IPPBM yang diketuai Pengerusinya, Dato’ Dr. Junaidy Abd. Wahab manakala wakil Kementerian Belia dan Sukan diketuai Timbalan Ketua Setiausaha ( Pengurusan ), Datuk Jamil Saleh.
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS ) This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |