kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Pertubuhan Belia Perlu Tahu Akta 668

Berita KBS -02 Januari 2013

PERTUBUHAN BELIA PERLU TAHU AKTA 668


Oleh : Yusfadhila Yunus ( Unit Komunikasi Korporat, KBS )
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


KUALA LUMPUR, 30 Disember 2012- Seramai 180 orang peserta mewakili persatuan belia negeri dan daerah hadir ke Konvensyen Pengurusan Pertubuhan Belia Kebangsaan 2012 yang berlangsung selama dua hari bermula 30 hingga 31 Disember 2012 di Hotel Palace of The Golden Horses di sini hari ini.

Kesemua peserta yang hadir diberi pendedahan terutama dari segi aspek perundangan berkaitan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668) yang perlu dipatuhi dalam pengrusan pertubuhan belia. Akta ini mula berkuatkuasa pada 31 Disember 2007 diwujudkan untuk mendaftarkan pertubuhan belia, menggalakkan aktiviti dan memperkemas sistem penyampaian dalam menggerakkan agenda pembangunan belia supaya lebih bersepadu.

Antara perkara utama yang ditekankan dalam akta tersebut adalah pemimpin pertubuhan belia mestilah dari kalangan mereka yang berumur antara 15 hingga 40 tahun. Jumlah pendaftaran terkini adalah seramai 2.5 juta orang atau 20.8 peratus daripada jumlah 12 juta warga belia di negara ini.

Menurut Pendaftar Pertubuhan Belia, Madzrib Ibrahim, “ Melalui konvensyen ini, pelbagai idea baru, pembaharuan, pendekatan baharu dapat digarap bersesuaian dengan pemikiran orang muda dan dilaksanakan oleh orang muda bagi memastikan kelangsungan pembangunan belia,” ujar beliau ketika hadir memberi ucapan sempena majlis penutup Konvensyen Pengurusan Pertubuhan Belia Kebangsaan 2012.

Beliau turut menggalakkan pertubuhan belia di Malaysia untuk mencontohi lain-lain persatuan belia di dalam negara mahupun di luar negara yang aktif menjalankan program mahupun aktiviti tanpa berharap sepenuhnya dana bantuan daripada pihak kerajaan. Di sini pemimpin persatuan belia memainkan peranan penting untuk mencari inisiatif sampingan bagi mematikan pertubuhan belia yang dipimpin terus bergerak atif.

Tambah beliau lagi, dalam usaha menggerakkan pembangunan belia di negara ini, setiap pertubuhan belia perlu mengemukakan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia dalam tempoh 60 hari selepas Mesyuarat Agung Tahunan atau selepas 60 hari selepas akhir tahun.

Pada tahun 2011 hanya 1,508 pertubuhan belia yang telah mengemukakan MYKD daripada 6,650 pertubuhan. Kegagalan menghantar MYKD daripada tempoh masa yang ditetapkan, menyebabkan kira-kira 3,796 daripada 4,305 pertubuhan belia tunggal di seluruh negara berpotensi untuk dibatalkan di bawah Seksyen 23.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia di http://roy.kbs.gov.my/ atau menghubungi talian 03-88810842.

 

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.