- Home
- Berita Terkini
- Panel khas tentukan harga telefon pintar.
Panel khas tentukan harga telefon pintar.

Berita Harian-10 Januari 2013
|
Panel khas tentukan harga telefon pintar. Rebat beli telefon . Kuala Lumpur: Sebuah panel khas diwujudkan bagi menentukan nisbah harga telefon mudah alih pintar bagi mengelak penjual mengaut keuntungan secara berlebihan. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata panel itu yang dianggotai syarikat telekomunikasi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), akan menentukan serta mengambil tindakan sepatutnya terhadap pihak tertentu yang cuba mengaut keuntungan. “Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan juga akan memantau bersama panel itu untuk mengawal harga telefon mudah alih pintar itu,” katanya ketika diminta mengulas mengenai rebat RM200 yang ditawarkan kepada belia.
Rais ditemui selepas Majlis Ramah Mesra Pertandingan Badminton Persahabatan D'SURY dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) di Dewan Badminton, Istana Negara lama, di sini.
Mansuh had maksimum
Jemaah Menteri bersetuju untuk memansuhkan had maksimum RM500 bagi pembelian telefon pintar 3G di bawah Pakej Komunikasi Belia yang bermula 2 Januari lalu. |