kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Menteri Belia dan Sukan Lawat IPPBM

Berita IPPBM -15 Januari 2013

MENTERI BELIA DAN SUKAN LAWAT IPPBM

Oleh : Muhammad Ariff Mat Jusoh (IPPBM)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


PUTRAJAYA, 14 Januari 2013 – Menteri Belia dan Sukan, YB. Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek bersama Pegawai Kanan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengadakan lawatan rasmi ke Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) bertempat di Aras 10, Menara KBS, di sini hari ini.

 Lawatan tersebut bertujuan menerangkan fungsi, peranan dan dapatan kajian IPPBM yang terkini. Penerangan ringkas berkenaan IPPBM telah disampaikan oleh Dr. Wasitah Hj. Mohd. Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif IPPBM. Beliau sebelum itu, mengucapkan terima kasih dan penghargaan atas kesudian YB. Dato’ Sri Ahmad Shabery ke IPPBM.

 Dr. Wasitah pada sesi taklimatnya menerangkan empat fungsi utama IPPBM yang merangkumi skop Penyelidikan, Pengkalan Data, Penerbitan dan Program Sokongan Penyelidikan.

 Pada sesi soal jawab, YB. Menteri menekankan aspek komunikasi dua hala antara IPPBM dengan Pejabat Menteri dan Pejabat Timbalan Menteri adalah penting bagi memberikan khidmat nasihat dan pandangan berkaitan isu-isu belia pada hari ini. Setiap kajian dan dapatan yang dikeluarkan oleh IPPBM amat berguna bagi penyediaan maklumbalas, kenyataan akhbar dan teks ucapan.

 YB. Menteri juga menyarankan IPPBM mengembangkan potensi sebagai pusat penyelidikan paling autoritatif di negara ini dan menjadi rujukan utama orang awam berkenaan kajian belia di Malaysia. Pengembangan ini mampu mempromosi dan meningkatkan lagi imej IPPBM kepada umum, katanya lagi.

 Turut hadir pada sesi lawatana tersebut ialah, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Hj. Razali Hj. Ibrahim, Dato’ Dr. Junaidy Abd. Wahab, Pengerusi Lembaga Pengarah IPPBM, dan Prof. Madya Datuk Dr. Hj. Sharifuddin Hj. Zainuddin, Ahli Lembaga Pengarah IPPBM.

 

Disunting : Suraya Sulaiman (IPPBM)

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.