kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Belia Palestin Turut Meriahkan Festival Belia Putrajaya 2013

Berita KBS -18 Januari 2013

BELIA PALESTIN TURUT MERIAHKAN FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2013

Oleh : Yusfadhila Yunus ( Unit Komunikasi Korporat, KBS )
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


PUTRAJAYA, 16 Januari  2013 - Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, hari ini menerima kunjungan seramai 10 orang  deligasi dari Palestin yang mewakili Organisasi Kebudayaan Palestin di Malaysia (PCOM) di pejabatnya di sini.

 

Mereka terdiri daripada pelajar yang menuntut di Institut Pengajian Tinggi Awam di Malaysia dan belia Palestin yang bekerja di negara ini. Pada kunjungan tersebut, perbincangan dua hala antara dua pihak turut diadakan. Hasil perbincangan itu, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek menyatakan bahawa beberapa program bersama belia Palestin akan diadakan.

 

            Beliau berhasrat untuk mengangkat cadangan untuk mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan membabitkan kedua-dua negara sebagai satu program amal bagi mengisi Tabung Bantuan Kemanusiaan Rakyat Palestin. Katanya, walaupun kedudukan pasukan bola sepak Palestin jauh lebih baik dari Malaysia boleh dijadikan medan untuk menguji kekuatan pasukan negara berbanding lawannya seperti mempunyai kedudukan di ranking yang hampir sama dengan Malaysia.

 

Selain itu, beliau turut membuka pintu untuk  penglibatan belia Palestin di dalam penganjuran Festival Belia Putrajaya 2013 pada Mei akan datang.  Pada Festival tersebut, belia-belia Palestin akan mengambil bahagian dengan mengadakan pameran, pertunjukan kebudayaan dan lain-lain aktiviti bagi menampilkan keistimewaan serta keunikan yang terdapat di negara mereka.

 

Sementara itu, Pengerusi PCOM, Muslim Abu Umar berkata, kunjungan deligasi belia Palestin  ke Kementerian adalah bagi mendapatkan informasi baharu tentang aktiviti belia di Malaysia untuk dikongsi bersama belia mereka yang berada di Palestin mahupun di Malaysia. Dianggarkan seramai 3,000 warga Palestin berada di Malaysia sama ada melanjutkan pelajaran mahupun bekerja.

 

Beliau juga menyatakan keterujaannya menyertai Festival Belia Putrajaya 2013 yang dianggap sebagai salah satu festival terbesar di dunia nanti  dengan mengadakan beberapa aktiviti yang menonjolkan kebudayaan Palestin di samping meraih sokong dari rakyat Malaysia sebagai semangat kepada rakyat Palestin dalam menghadapi pelbagai isu dan situasi yang melanda negara mereka.

 

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.